Sunday, December 23

awan menangis

musim tengkujuh, awan menangis, air hujan jatuh berderai membasahi bumi.


bumi Darul Iman dua tiga hari ini kerap dibasahi hujan.

kuasaNya, siapa kita untuk melawan dan berfikir yang bukan-bukan.

ketika hujan. jangan lupa berdoa yup. :)


nikmat sakit itu sudah dia lalui. bersama jatuhnya air mata tanda dia menangis,semoga sakit itu menjadi penghapus dosanya yang lalu.

Alhamdulillah, Allah Maha Tahu. kita sakit, dgn izinNya. kita sembuh juga dengan rahmat dan belas kasihnya Dia. syukur.syukur dan teruslah bersyukur. 

berterima kasihlah kepada Dia tak kira masa hatta diuji kesedihan mahupun kegembiraan. sematkan di hati Allah sentiasa di sisi walau tiada siapapun menemani. 

yakinlah setiap ujian Allah itu ada hikmahnya.

#yakin akn Dia, kasihi Dia, sayangi Dia. Tuhan pencipta kita. tiada lainnya. senyumlah, berbahagialah kerana Rabbmu sedang melihat. ^_^


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger