Friday, February 18

yg indah...


Pesanan indah daripada Syeikh Abdul Kadir Al Jailani untuk kita sentiasa bersangka baik sesama insan. Jadikan ia sebagai ilmu baru & tazkirah =)
  1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu
    "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
  2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
    "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
  3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
    "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
  4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
    "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
  5. Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
    "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
    Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
  6. Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
    "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Astaghfirullahalazim... ampuni aku wahai pemilik nyawaku... sekian, Assalamualaikum...

Sunday, February 6

ya Rabb


Ya Allah hatiku terlalu banyak memikirkan tentang dunia sehingga melupakanMu

Ya Allah hatiku sentiasa runsing kehilangan dunia tetapi banyak mana akhirat yg hilang & aku buat tak tahu…

Ya Allah hati yg keras & berpenyakit cinta dunia ini hanya layak untuk dibakar berserta dengan sarungnya sekali (jasad) tetapi aku tak daya menahan api nerakaMu

Ya Allah bersihkanlah hati ini dari penyakit & campakkanlah padanya cinta padaMu

Sesungguhya semua cinta adalah sementara & menyakitkan melainkan cinta padaMu & cinta apa yg Kau suruh menyintanya…

Ya Allah aku tidak berputus asa untuk mendapatkan hati yg bersih & sihat untuk aku persembahkan pada Mu di sana… bantulah aku.. tolonglah aku.. jangan kecewakan ku Ya Rahman Ya Rahim

Only You, Allah… we belong 2 You… I’m Yours…please forgive me 4 the wrong things that I had done… only You, The Merciful One..
~Assalamualaikum~
Powered By Blogger