Sunday, November 25

terhenti

kaki melangkah menuju laju.

namun terhenti seketika.

berpaling,menjengah kenangan silam itu.

aku mengerti, masanya tidak akan kembali.

dia pergi. jauh, jauh. aku menangis.

aku sedih mengenangkan dia pergi.

aku berhenti. terhenti seketika langkah ini.

aku mahu khabarkan kepadanya.

ceritakan kisahku kini, kisah bersama mereka2 dan si dia yg kini menghuni hati.

aku perlu kata-kata daripadanya.

nasihatnya,azimatnya yang mmpu menenangkan diri.

aku perlu melihat mata redupnya, wajah ayunya, susuk badannya untukku peluk bermanja..

aku rindu. dalam doa kudusku. moga dia dalam ketenangan selalu.

dilimpahkan rahmat Sang Rahim.

aku memang begini, mudah terasa,.

kuatlah wahai hati yang lemah. usah menyerah.

dia perlu doamu. selalu. doa sepertiga malammu.

aku terpaksa berhenti. terhenti langkahku utk mencari.

mencari kebahagiaan itu. aku tahu ada yg melihatku, mencatat setiap amal perbuatanku.

di kiri dan kananku. sungguh ku tahu. ampuni aku Rabbku.

kadang hati mudah luluh. ampunkan aku.

pasrahkan, sabarkan, tabahkan hatiku ini dgn segala ketentuanMu.

ku mohon. kdg ku pinta inginkan waktu itu kembali.

waktu bersamanya walau seketika cuma.

aku mengerti, aku fahami.

kerana itu xkan terjadi. insyaAllah di syurgaNya. dgn izinNya.

hargai,syukuri, selagi masih ada di sisi.

kepadaMu jua akn aku kembali.

setiap jiwa pasti akan merasakannya.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger